- (bahasa Arab: المعتزلة al-mu`tazilah) adalah satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal dengan sifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut sebagai aliran rasionalis Islam.
- Tokoh-tokoh Muktazilah yang terkenal ialah:
- Wasil bin Ata, lahir di Madinah, pelopor ajaran ini.
- Abu Huzail al-Allaf (751-849 M), penyusun lima ajaran asas Muktaziliyah.an-Nazzam, murid Abu Huzail al-Allaf.Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab al-Jubba’i (849-915 M).Pemikiran muktazilah masih wujud hingga ke hari ini dalam bentuk Zaidiyah (yang juga merupakan satu cabang Syiah) yang bertapak di Yaman, dan Ibadhi (yang juga merupakan satu cabang Khawarij) yang bertapak di Oman.[6]Pemikiran Muktazilah mula bertapak pada kurun kelapan Masehi (abad kedua hijrah) di Basrah, Iraq, apabila Wasil ibn Ata meninggalkan kelas pembelajaran Hasan al-Basri selepas berselisih faham mengenai isu Al-Manzilah bayna al-Manzilatayn (akan diterangkan kemudian). Beliau dan pengikutnya termasuk Amr ibn Ubayd kemudiannya dilabelkan sebagai Muktazili/Mu'tazili. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem Islam yang berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.Ketika pertama kali muncul, pemikiran Muktazilah tidak mendapat simpati umat Islam, terutama di kalangan masyarakat awam kerana mereka tidak begitu memahami ajaran Muktazilah yang bersifat rasional dan sarat dengan falsafah. Alasan lain mengapa pemikiran ini kurang mendapat sokongan umat Islam pada saat itu adalah kerana pemikiran ini dianggap tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan para sahabat.Muktazilah bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan Helenistik.Aliran Muktazilah berkembang di kalangan golongan intelek semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Dikatakan Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya sudah dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan.[1]
- Dan pada zaman itulah golongan muktazilah memaksakan pemikirannya yang dikenal dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain Allah)Al-Tauhid التوحيد:
- Muktazilah percaya kepada Tauhid iaitu Tuhan itu satu. Mereka berbeza dari majoriti Muslim dalam menerangkan tentang konsep Tauhid supaya selari dengan wahyu dan akal. Contohnya majoriti mazhab dalam Islam menghadapi kesulitan dalam menerangkan sifat Tuhan tanpa menyamakanNya dengan perwatakan manusia (anthropomorphic) atau tidak menerangkan langsung maksud tersebut seperti yang tertulis dalam wahyu.[2] Muktazilah mengatakan sifat Tuhan adalah tidak berbeza dari zatNya. Dengan kata lain, Tuhan itu Maha Mengetahui, tetapi Tuhan itu Maha Mengetahui kerana zatNya bukannya kerana Ia mempunyai pengetahuan yang terasing dari diriNya. Konsep Tauhid ini diterangkan dalam hasil kerja cendekiawan Muktazilah, hakim agung Abd al-Jabbar ibn Ahmad.[3]
- al-Qur'an ialah makhluk.Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala[4]:"قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى"yang bermaksud:“Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab: Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku”Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan “لن” yang menafikan masa sekarang dan akan datang.
- Di dalam kitab Shahihain (Bukhari dan Muslim) disebutkan hadits Ibnu Abbas tentang masalah shalat gerhana matahari, yang di dalamnya antara lain disebutkan bahawa mereka (para sahabat) bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat engkau meraih sesuatu dari tempatmu itu, kemudian kami lihat engkau mundur." Maka Rasulullah S.a.w. menjawab;
- "Sesungguhnya aku melihat syurga lalu aku berniat memetik setangkai anggur darinya. Seandainya aku benar-benar memetiknya, nescaya kalian akan makan sebahagian darinya selama dunia ini masih ada."
- Kisah Rasulullah diperlihatkan buah anggur yang ada dalam Syurga
- ketika mana allah nampakkan syurga pada saat rasulullah sedang bersolat bersama sahabat lalu berkata rasulullah setelah selesai solat;"Sesungguhnya aku melihat syurga lalu aku berniat memetik setangkai anggur darinya. Seandainya aku benar-benar memetiknya, nescaya kalian akan makan sebahagian darinya selama dunia ini masih ada."
- syurga milik allah pada siapa dan di mana syurga berada itu milik allah ;namun sebagai hamba percayalah syurga itu dalam hati hati orang solehin sebagai mana allah ada dalam hati hati orang solehin ,.,.,.
- seorang Badwi bertanya kepada Nabi S.a.w tentang syurga. Dia bertanya, "Apakah di dalam syurga ada buah anggur?" Nabi S.a.w menjawab-ya;
- Allah menjanjikan satu tempat yang amat indah untuk manusia. Tempat indah dan penuh kedamaian itu disebut dengan Al jannah (surga). Namun, surga hanya diperuntukkan bagi mereka yang beriman, bertaqwa, rajin beribadah, berbuat baik dan selalu mentaati dan mengikuti syariat Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan sahabat Abu Hurairah Radhiallahu ‘Annu, Baginda Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Allah berfirman (artinya): ”Aku telah sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang shalih (kenikmatan Al jannah) yang belum pernah dilihat mata, didengar telinga, serta terlintas di hati manusia. (HR. Muslim no. 2824).