Khamis, 24 Mei 2018

FADHILAT 30HARI BERTARAWEH


FHADILAT 1OPERTAMA RAMADHAN ''10TERAKHIR RAMADHAN,..'''

          Rasaulullah saw setiap kali datang ramadhan 10yang pertama akan perbanyakkan amalan amalan ibadah ibadah sunat di masjid masjid dan bersama sama sahabat sahabat dan sebagai mana riwayata hadis soheh ,. bahawa rasulullah saw bersolat sunat taraweh bersama sama sahabat di masjid dan mengimami solat sunat taraweh selama 3malam berturut turut dan sempat menghatam 30juz al-quran pada malam ketiga dan pada setelah 10ramadhan rasulullah saw mendirikan sebuah bangsal atau dinding yang di dirikan dari daun pelepah tamar di sebelahan belakang rumah rasulullah dan rasulullah saw bersendirian di dalam nya sehingga malam malam ganjil 10terakhir baru lah rasululah saw kembali ke masjid bersama sama sahabat dan orang ramai bermunajat bersolat taubat berwitir bertadarus di dalam masjid hingga tiada keluar keluar rasulullah bersama sama sahabat di dalam masjid mencari malam malam yang dikatakan malam 1000bulan malam beribadah 84tahun pahalanya malam itu lah turun malaikat dan allah kelanggit bumi bagi mengampun dan menerima doa hamba hamba nya yang sedang berdoa dan beribadah ibadah sunat pada malam yang di namakan lailatul qadar .,,..,
         Hassan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialahsuasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.Dalam Sahi Muslim disebutkan bahawa pada Malam Lailatul-Qadar seramai 70,000 malaikat turrun dari Sidratul-Muntaha ke bumi. Mereka membawa rahmat Allah memasuki rumah-rumah dan memberi salam kepada orang-orang Islam, kecuali rumah orang yang ada anjing. Apabila matahari naik esoknya, malaikat-malaikat itu naik semula ke langit dengan serentak. Sayap puluhan ribu malaikat itu melindungi pancaran panas cahaya matahari, menyebabkan suasana di bumi dingin dan tenang. Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam Lailatul-Qadar ialah Solat Sunat Lailatul-Qadar, zikir, tasbih, berdoa, beriktikaf dan sebagainya. “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampun segala dosa-dosanya yang terdahulu”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini.
          Daripada Aishah r.aha: “Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau: “Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

         Sebagai mana Firman Allah saw dalam Surah al-Baqarah ''ayat 183 dan 185 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” “Masa yang diwajibkan berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu..”. berebut rebut lah dalam beramal ibadah pada malam malam setelah berpenatan berpuasa dan tiba waktu berbuka maka malam nya beribadah lah sebagai mana esok tiada lagi bagi kita untuk mendatangginya ,..,Ganjaran pahala mereka yang mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan adalah berlipat-ganda. Ibadah fardhu diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda; manakala ibadah sunat diberi pahala seperti ibadah fardhu.

          Pada keseluruhannya, bulan Ramadhan ini terbahagi kepada tiga bahagian:
 1. Untuk mendapat rahmat Allah s.w.t yang mencurah-curah.
 2. Untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.
 3. Untuk mendapat pelepasan dari azab neraka.

          10 Hari Terakhir Ramadhan Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. dan Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w.
          Telah beriktikaf di dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. meluangkan masa yang lebih untuk beriktikaf di masjid dan beamal ibadat, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., dengan lebih tenang, aman dan khusyuk. Baginda memutuskan kesibukannya dengan dunia luar, lalu dengan penuh khusyuk dan tawadhuk beriktikaf dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kaifiat Iktikaf · Hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar dan juga dari sebarang najis. · Iktikaf hanya sah dilakukan di dalam masjid sahaja. Kaum wanita boleh iktikaf di dalam rumah, di tempat yang dikhaskan. Jika bersuami hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu. ·Mereka yang beriktikaf untuk menunggu Malam Lailatul-Qadar seharusnya beriktikaf pada malam hari, selepas solat Tarawih dan Witir hingga menjelang subuh. Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang lain, yang diriwayatkan (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)Imam-imam mazhab termasuk Imam Syafie masing-masing telah membuat kajian- ada yang berpendapat malam Lailatul-Qadar itu berlaku pada malam 27 Ramadhan, 21 Ramadhan dan sebagainya, masing-masing dengan hujahnya. Bagaimanapun Allah jua yang mengetahuinya.

        Ganjaran allah puasa bermula hari pertama hingga hari 29,.
Fadhilat dan Keistimewaan Berpuasa Bulan Ramadhan
 hari1-Dosa-dosa manusia keluar diumpamakan seperti baru di lahirkan.
 hari2-Segala dosa akan di ampuni, termasuk dosa-dosa oleh kedua ibu bapanya jika kedua-duanya dikalangan orang yang mukmin.
 hari3-Akan di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
 hari4-Pahala berpuasa-nya adalah sama dengan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
 hari5-Akan diberi pahala kepada orang berpuasa seperti melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
hari6-Pahala diberikan seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir yang turut sama memohon pengampunan baginya.
hari7-Orang yang berpuasa adalah seperti seorang yang hidup pada zaman
hari8-Nabi Musa dan membantunya untuk mengalahkan Fir’aun dan Haman.
hari9-Akan di-berikan oleh Allah s.w.t. segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim a.s. hari10-Pahala berpuasa adalah seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 hari11-Akan di kurniakan oleh Allah s.w.t. kebaikan dunia dan akhirat
hari12-Mereka yang berpuasa akan diumpakan keluar ke dunia seperti pada hari mereka dilahirkan dari kandungan ibu dan bersih daripada segala dosa
 hari13-Orang yang berpuasa seolah akan datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya penuh bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
hari14-Keistimewaan orang berpuasa seperti datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan dan mungkar.
hari15-Maka akan disaksikan oleh para malaikat, jika mereka telah melaksanakan solat Tarawih di bulan Ramadhan, maka pada hari kiamat mereka akan di bebaskan oleh Allah dari segala kemudaratan.
hari16-Mereka yang berpuasa akan di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kuraisi.
hari17-Orang yang berpuasa akan di bebaskan dari api neraka dan seterusnya memperoleh kemudahan untuk masuk pintu syurga.
hari18-Akan memperoleh dan diberikan pahala seperti diterima pahala oleh para Nabi dan Rasul a.s.. hari19-Para malaikat akan menyeru kepada orang berpuasa: “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
hari20-Mereka yang berpuasa akan di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus. hari21-Akan memperoleh pahala para syuhada dan salihin.
hari22-Mereka yang berpuasa akan di bina rumahnya dari nur (cahaya) di dalam syurga.
hari23-Pada hari kiamat kelak, mereka yang berpuasa akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
hari24-Golongan yang berpuasa akan di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga Antara kelebihan berpuasa akan diberikan pahala yang berupa dua puluh empat (24) permohonan akan di kabulkan. hari25-Akan terhapuslah segala seksaan di kubur.
 hari25-Segala pahala bagi orang berpuasa akan diangkat selama empat puluh (40) tahun.
hari26-Bagi orang berpuasa dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, mereka akan melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.
                           hari27Allah s.w.t telah menjanjikan akan mengangkat mereka berpuasa dengan seribu darjat di syurga. hari28-Akan dihadiahkan pahala seolah mengerjakan seribu (1000) haji yang mabrur. hari29-Mereka yang berpuasa akan di panggil dan diperkenankan oleh Allah s.w.t., "Wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku..." Semoga Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini akan lebih baik ataupun terbaik dari bulan puasa sebelumnya. Bukan mudah untuk memperoleh puasa yang mabrur, tetapi tidak mustahil bagi kita untuk mencapai seperti diseruan oleh Allah s.w.t. kepada umatnya.

WALLAHUAKLAMBISSAWAB,..,      SELAMAT BERJIHAT MELAWAN HAWA NAFSU DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK''''