FADHILAT 15 SYAKBAN DAN GANJARAN YANG ALLAH BERIKAN ,.,.
“Sya’ban adalah bulanku (NABI MUHAMAT SAW), Ramadhan adalah bulan Allah. Sya’ban adalah bulan yang menyucikan dan Ramadhan adalah bulan penghapusan dosa” (HR. Imam al-Dailami) Dalam pendapat lain, Ibnu Manzhur mengutip perkataan Tsa’lab yang mengatakan bahwa sebagian ulama berpendapat bulan tersebut dinamakan dengan Sya’ban karena ia sya’ab, artinya zhahir (menonjol) di antara dua bulan, yaitu bulan Rajab dan bulan Ramadhan.[3] Malam ini mempunyai beberapa nama lain termasuklah Lailah al-Mubarakah (malam yang berkat), Lailah at-Takfir (malam penghapusan dosa), Lailah al-Ijabah (malam diperkenankan doa), Lailah al-Hayah (malam hidup iaitu hati dihidupkan Allah agar tidak lupa kepadaNya) dan lain-lain yang merujuk kepada kemuliaan dan fadhilat yang ada pada malam tersebut.Bulan Sya’ban adalah bulan dimana Nabi SAW paling banyak melakukan puasa.
‘Aisyah meriwayatkan : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم حتى نقول لا يفطر ويفطر حتى نقول لا يصوم وما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان وما رأيته في شهر أكثر منه صياما في شعبان[6] “Adalah Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan bahwa beliau tidak berbuka dan beliau berbuka sehingga kami mengatakan bahwa beliau tidak berpuasa. Dan tidak pernah sama sekali saya melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan kecuali Ramadhan dan tidak pernah saya melihat beliau lebih banyak berpuasa dalam sebulan yang lebih banyak daripada bulan Sya`ban”. (HR. Imam Muslim) Justeru, hendaklah kita berusaha menghidupkan malam ini dengan amal ibadat sebanyakbanyaknya. Tidak mengapa menghidupkan amalan secara berjemaah di masjid atau di rumah. Melakukan sesuatu ibadah secara berjemaah lebih memberi semangat kekuatan beramal, asalkan terhindar dari perasaan riya’. Boleh juga melakukannya secara berseorangan. Seperti yang disebutkan oleh Imam Abdul Ghani bin Ismail an-Nablusi dalam kitabnya Fadha’il al-Ayyam wa asy-Syuhur, ms. 38, antara amalan para solehin pada malam ini, selepas solat fardhu Maghrib dan sunat ba’diahnya, dibaca Surah Yaasin 3 kali. Pada bacaan yang pertama diniatkan memohon dipanjangkan umur dalam kesihatan yang baik agar dapat beribadat mentaati Allah . Pada bacaan kedua, diniatkan memohon diluaskan rezeki yang halal dan diberkati dan pada bacaan ketiga, diniatkan memohon ditetapkan iman dan mati dalam iman (husnul khatimah). Setiap kali selepas membaca sekali Surah Yaasin, maka bacalah doa .
Hadits riwayat Imam al-Thabrani dan Imam Ibnu Hibban : يطلع الله إلى جميع خلقه ليلة النصف من شعبان ويغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن[15](رواه الطبراني وابن حبان في صحيحه) “Allah SWT memandang sekalian makhluk-Nya pada malam nishfu Sya’ban dan Allah SWT mengampuni sekalian makhluknya kecuali yang musyrik dan yang memiliki dendam”. Hadits riwayat Imam Ibnu Majah : عن علي عن النبي صلى الله عليه وسلم إذا كان ليلة نصف شعبان فقوموا ليلها وصوموا نهارها فإن الله تعالى ينزل فيها لغروب الشمس إلى السماء الدنيا فيقول: ألا مستغفر فأغفر له ألا مسترزق فأرزقه ألا مبتلي فأعافيه ألا كذا ألا كذا حتى يطلع الفجر[16] “Apabila tiba malam nishfu Sya’ban maka shalatlah pada malam harinya dan berpuasalah pada siang harinya, karena (rahmat) Allah SWT akan turun ke langit dunia pada saat tersebut sejak terbenam matahari dan Allah SWT berfirman : “Adakah ada orang yang meminta ampun, maka akan Aku ampunkan, adakah yang meminta rezeki, maka akan Ku berikan rezeki untuknya, adakah orang yang terkena musibah maka akan Aku lindungi, adakah sedemikian, adakah sedemikian, hingga terbit fajar”. Hadits riwayat ‘Aisyah: عن عائشة رضي الله عنها قالت فقدت النبي صلى الله عليه وسلم فخرجت فإذا هو بالبقيع رافعا رأسه إلى السماء فقال: أكنت تخافين أن يحيف الله عليك ورسوله فقلت يا رسول الله ظننت أنك أتيت بعض نسائك فقال: إن الله تبارك وتعالى ينزل ليلة النصف من شعبان إلى السماء الدنيا فيغفر لأكثر من عدد شعر غنم كلب[17] “Berkatalah ‘Aisyah :”Saya kehilangan Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau berada di Baqi’ sambil mengangkat kepala ke langit”. Beliau berkata: “Apakah engkau takut engkau dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, saya menyangka engkau mendatangi sebagian istri engkau”. Beliau berkata : “Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun pada malam nishfu Sya’ban ke langit dunia, maka Allah SWT mengampunkannya lebih banyak dari bulu domba Bani Kalab”. (HR. Imam Ahmad)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan