Isnin, 25 Jun 2018

wajib bagi kita berpahaman abu hasan asr syakriah membaca surah ketika bersolat bersama imam atau sendirian,..,


BAGI KITA YANG BERPEGANG PADA PAHAMAN ABU HASAN ASR SYAKRIAH WAJIB MEMBACA SURAH BAIK KETIKA MENGIKUT IMAM ATAU BERSEORANGAN JIKA BERKESEMPATAN MALAH DI HARUSKAN MENGULANG SEBANYAK 3X ATAU 3SURAH.,,. Ulama mazhab asy-Syafi‘e dan abu hasan asr srakriah berpendapat bahawa membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat hukumnya adalah wajib ke atas orang yang bersembahyang sama ada imam, munfarid (orang yang sembahyang sendiri) mahupun makmum menurut pendapat yang paling shahih, Sama ada dalam sembahyang sirriyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara perlahan) mahupun sembahyang jahriyyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara nyaring). Adapun bagi orang yang masbuk pula, hukumnya tetap wajib baginya membaca al-Fatihah sekadar apa yang sempat dibacanya sebelum imam rukuk. Akan tetapi jika imam sudah rukuk, maka tidaklah perlu baginya untuk membaca surah al-Fatihah lagi, kerana bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam dan dikira baginya rakaat tersebut sebagai satu rakaat, dengan syarat makmum yang masbuk itu mestilah sempat thuma’ninahbersama imam ketika rukuk. Membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam sembahyang merupakan sunat hai'at yang disunatkan sebagai ittiba' (mengikut) perbuatan Nabi SAW. Oleh yang demikian, sunat hukumnya membaca surah selepas Surah Al Fatihah dalam sembahyang dua rakaat, sama ada sembahyang fardhu seperti Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Fardhu Subuh atau sembahyang sunat seperti Sembahyang Sunat Subuh, Sembahyang Sunat Hari Raya dan lainnya. Begitu juga disunatkan membaca surah selepas Surah Al Fatihah pada dua rakaat yang pertama daripada sembahyang empat rakaat, iaitu Sembahyang Fardhu Zuhur, Asar dan Isyak serta pada dua rakaat yang pertama daripada sembahyang tiga rakaat, iaitu Sembahyang Fardhu Maghrib. Tuntutan sunat membaca sesuatu ayat atau surah daripada Al-Qur'an selepas Surah Al Fatihah itu dapat dicapai dengan hanya membaca satu ayat sahaja daripada Al-Qur'an. Bagaimanapun, yang afdhalnya adalah sebanyak tiga ayat. Akan tetapi satu surah yang lengkap, sekalipun surah yang pendek, adalah lebih afdhal dibaca daripada membaca sebahagian ayat sahaja daripada surah yang panjang (jika tidak dibaca keseluruhannya). Ini kerana apabila dibaca sebahagian ayat sahaja dari surah yang panjang, boleh jadi dia waqaf (memberhentikan) di tempat yang tidak diharuskan waqaf, dan ini boleh memutuskan ayat Al-Qur'an yang mempunyai kaitan dengan ayat yang selepasnya. Sekiranya seseorang membaca satu surah yang sama pada rakaat pertama dan rakaat kedua, misalnya pada rakaat pertama dia membaca Surah Adh Dhuha, kemudian pada rakaat kedua dia mengulang kembali Surah Adh Dhuha itu, maka yang demikian itu adalah memadai dan tercapai tuntutan sunat itu walaupun dia hafaz surah-surah yang lain. Adapun membaca Surah Al Fatihah bagi menggantikan surah-surah tersebut menurut ulama adalah tidak memadai dan tidak terhasil tuntutan sunat tersebut. Dikecualikan dalam hal ini sekiranya orang tersebut tidak hafaz selain daripada Surah Al Fatihah. Maka dalam hal ini, tuntutan sunat tersebut terhasil dan tercapai dengan mengulang Surah Al Fatihah itu sebagai ganti surah-surah tersebut. Inilah pendapat yang tepat dan dipilih dalam mazhab asy-Syafi'e.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan