Jumaat, 27 Julai 2018

TAUBAT SEORANG ISTERI,.

    LANGIT tidak selalunya cerah. Kadangkala mendung, kadangkala hujan mencurah. Begitulah juga kehidupan ini. Ia tidak selalunya indah. Ada waktu kita bersuka ria, ada waktu bergundah gulana. Ada ketika terasa bahagia, ada masa derita menyapa. Ada saat kita ketawa gembira, ada saat kita menangis hiba. Inilah hakikat kehidupan. Kehidupan tidak sentiasa menjanjikan keindahan. Namun, kehidupan yang tidak selalunya indah inilah yang menjadikan hidup ini indah. Pelangi dilihat cantik kerana adanya pelbagai warna. Makanan tidak menjadi jemu kerana adanya pelbagai menu. Suara didengar enak dan merdu kerana gabungan pelbagai melodi dan lagu. Merasai kesusahan, keperitan dan kesedihan dalam kehidupan akan membuatkan kita lebih tahu menghargai nikmat kesenangan, kebahagiaan dan kegembiraan. Jika tidak pernah mengalami sakit, kemungkinan kita tidak sedar untuk menghargai nikmat sihat. Jika tidak dirundung kesedihan, mungkin kita lalai untuk bersyukur ketika mengecapi kegembiraan. Inilah ramuan keindahan sebuah kehidupan. Hidup ini adalah suatu ujian. Tanpa ujian, bagaimana untuk dinilai siapa yang gagal dan siapa yang berjaya mencapai tujuan. “Dialah (ALLAH) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. (al-Mulk, ayat 2).
      Dalam hidup ini setiap mahluk tiada terlepas dari sibgah allah namun sama ada sibgah allah seawal usia nya atau setelah kesilapan atau dosa dosa yang terlakukan tampa ilmu agama,.,.,. sebagai seorang mukallaf wajib bagi kita beriqtiqod bahawa setiap langkah kita te,lah allah takdir kan dan setiap corak kehidupan kita telah allah celupkan dengan celupan allah,.,.,. dari sini sebuah kisah menyayat hati taubat seorang isteri yang mana di awal perjalanan rumah tangga nya adalah berjalan dengan baik dan dianugerah allah 2cahaya mata yang mana hidup dengan kemewahan dan murah rezeki,.,. namun segala nya berubah setelah sang isteri di goda lelaki muda yang masih teruna dan jatuh hati sang isteri dengan anak muda dan berlaku nya kisah kisah curang seorang siteri,.,. namun kisah curang isteri tak lama hanya beberapa seketika hingga lah mana datang sibgah allah keatas suami nya di jemput allah sawt ketika mana dalam perjalanan kerjanya di langgar sebuah kereta dan terjunlah sang suami di tengah jalan dan patah tulang nya dan sesak nafas nya kerna sakit jantung nya,.,. di rawat di hospital 2mingggu lama dan di bawa pulang kerumah setelah di dapati tak lagi dapat di selamatkan hanya mampu hidup tak berapa lama lagi dan sedang dalam keadaan nazak,.,.,. dan ketika mana sang suami terlantar di hospital dan ketika mana ajal datang menjemput sang suami dan sang isteri banyak di datanggi berbagai hidayah petunjuk allah sawt hingga mana saat ajal sang suami menarik nafas dan kejang seluruh tubuh menarik nyawa keluar dari jasat waktu itu mernitis air mata sang siteri menggis sepanjang masa dan dari situ lah sang isteri berubah dengan sibgah allah keratas nya banyak perubahan di lakukan atas usaha dan petunjuk allah sawt,.,. dari situ sang isteri tiap malam datang bertangdang ke majlis ilmu ilmu agama di setiap malam kuliah magrib subuh di masjid masjid,.,.. dari situ lah rasa kesalan dan taubatan muncul dalam qalbu benak sanubari nya dan setiap malam sang isteri yang dahulu nya ketika sang suami masih hidup di dunia banyak dosa di lakukan tampa pengetahuan sang suami kini dengan sibgah allah dan petunjuk allah setiap malam sang isteri menghadap guru guru dan ust ust yang mengajar ilmu agama di surau dan masjid namun perubahan demi perubahan keatas sang isteri hanya atas sibgah allah dan atas celupan allah keatas nya,.,.,. namun jika perubahan itu dapat di lihat suami nya ketika hayat nya di dunia,.,.,. dan sebagai insan kita harus percaya dengan sibgah allah sawt keatas setiap insan dan usah mempertikaikan dan menyatakan neraka keatas seseorang yang sedang melakukan kemungkaran dan dosa kerna masa hadapan allah dan qalam sahaja yang mengetahui,.,. “Dan sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Infithar 10-12)(Allah Berfirman), “Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan kepadamu dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Kami telah Menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jatsiyah 29)
      Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. Hadis riwayat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim [7]
Hasil carian imej untuk SIBGAH ALLAH         BERKATA IMAM SYAFIE TENTANG AQIDAH DAN QADAK QADAR ALLAH,."Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji'ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan 'Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi'ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah." [12] Manakala golongan yang serahkan semua pada Allah tampa ada sebarang usaha itu adalah Jabariyah (Aqidah yang salah menurut ulamak-ulamak muktabar) mereka juga mengatakan manusia jadi jahat atau baik kerana paksaan. Akidah-Akidah yang menyimpang ini adalah kerana menyalahfahami maksud Qada dan Qadar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan